Wanita Kongsi Video Bekas Suami Dakwa Marissa Kejar Balik Selepas Nekad Nak Berubah – ‘Aslam Tak Boleh Lawan Kelemahan’

Shopee Sale


Nama anak kepada pasangan selebriti popular, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim tiba-tiba menjadi sebutan ramai selepas didakwa menjadi orang ketiga sehinggakan bercerai.

Tak guna akal menjawab

anak abby norman

Terbaru di ciapan, wanita yang dikenali sebagai Misya mendedahkan video ketika ahli keluarga bertemu dengan bekas suami.

Dalam rakaman itu, bekas suami iaitu Ahmad Aslam dilihat cuba meyakinkan dengan menyatakan dia sudah nekad berubah menjadi suami dan ayah yang lebih baik.

Bagaimanapun, dakwa Aslam, dia lemah dan tidak boleh melawan apabila Marissa mengejar untuk kembali ke pangkuan dirinya.

Aslam tak boleh. Sekarang nak main nama Allah, orang dah tak percaya. Aslam nak minta maaf pun tak ada guna dah.

Tetapi Aslam boleh cakap , selepas apa yang terjadi, Aslam dah nekad nak berubah. Boleh tanya Chacha (Misya). Satu bulan lebih macam itu.

Dia datang balik, kejar-kejar Aslam. Aslam tak boleh. Aslam pernah cakap, satu kelemahan Aslam. Aslam tak boleh lawan kelemahan Aslam.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa Dania Hakim, 18 tahun.

MENARIK:  Oh Mummy! Kembali Lagi, Tampilkan Keluarga Bahagia Amyra Rosli

Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Susulan itu, Abby Abadi tampil bersuara di Instagram Story dengan mempertahankan anaknya selain mahu membiarkan orang ramai meninggalkan komen terlebih dulu.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular