Wanita Kongsi Kisah Berset*buh Dengan Jin – ‘Setiap Kali Nak Solat Kena Mandi Wajib, Badan Penuh Darah & Lebam’

Shopee Sale


Di aplikasi X, seorang wanita berkongsi kisah di mana dia bersetubuh dengan jin. Menurut wanita berusia 35 tahun itu, dia perlu mandi wajib setiap kali hendak solat.

Bermula dari mimpi

Ujar wanita yang enggan identitinya didedahkan itu, dia berasa pelik sejak tahun lepas. Ini kerana, dia mendapat mimpi yang aneh.

Mula-mula saya mimpi saja. Lepas itu saya dapat rasa ada yang bersetubuh dengan saya waktu malam. Jadi, saya buat macam-macam la. Termasuk pergi berubat. Mula-mula lepas berubat hilang sekejap. Tapi lepas itu dia datang balik. Saya tak pernah buat hubungan intim sebelum ini.

Bersetubuh dengan jin saya tahu macam mana sebab pernah tengok video sebelum ini. Saya tak tahu la kot ini jin asyiq ke apa. Tapi saya dah rasa macam dalam cerita Anak Perjanjian Syaitan sebab bersetubuh dengan jin. Mula-mula memang sangat takut. Sekarang saya dah macam layan apa yang benda itu nak buat.

Setiap pagi sebelum subuh saya mesti mandi wajib dulu baru solat.

Tambah wanita tersebut lagi, dia susah untuk berkawan dengan mana-mana lelaki selepas kerap kali mengalami kejadian seperti itu.

Kawan dengan lelaki selalu tak lama. Dekat badan saya memang penuh dengan lebam darah yang macam dia hisap darah. Saya tak tahu orang lain pernah kena atau tak macam saya. Asal saya atas katil, dia akan kacau. Masa bulan puasa pun dia kacau.

Saya dah buntu dan tak tahu macam mana nak jauhkan diri dari benda itu. Saya dah macam isteri dia. Setiap hari kena layan dia.

Di akhir perkongsian, wanita itu memberitahu dia sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusannya dan tidak mendapat gangguan seperti itu lagi.

MENARIK:  [VIDEO] Pernah Viral Muka Disamakan Dengan Nora Danish, Wanita Ini Mohon Netizen ‘Stop’ Tanya Soalan Dah Cerai Ke?

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular