[VIDEO] Wan Raja Dakwa Topik Khutbah Jumaat Di Selangor Tak ‘Feel’ – ‘Kutipan Zakat Patut Jadi Minit Mesyuarat Ataupun Laporan Tahunan’

Shopee Sale


Pelakon, Wan Raja meluahkan pandangannya berhubung topik zakat yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat, baru-baru ini.

Topik tak ‘feel’

Menurut Wan, dia tidak pasti seluruh masjid di Selangor ataupun sebahagian daripadanya memilih topik yang didakwa tidak sesuai dan tidak mendatangkan ‘feel’ kepada jemaah.

Ujar Wan, baru-baru ini dia menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di sekitar Selangor. Khatib di masjid berkenaan menyampaikan topik zakat.

Berikutan daripada itu, Wan meluahkan pandangannya dan menyatakan rasa kurang sesuai mengenai topik yang disampaikan.

Saya dah terfikir benda ni banyak kali dah. Tak pasti di seluruh Selangor atau di satu Malaysia. Tapi kebanyakan khutbah Jumaat sekarang ni tak feel, sebab tak ada benda yang melekat dalam hati contoh topik-topik dia.

Cakaplah pasal solat fardu, solat jamak, solat qada, pahala dan akibat kalau tinggal apa semua. Janji kita keluar itu ada benda yang kita boleh ingat dan belajar. Ini topik, saya rasa seluruh Selangor ni. Ini topik dia pasal Zakat Selangor. Aduh, sepanjang masa.

Tahun ini dapat berapa, dapat tolong berapa orang. Macam benda itu patutnya menjadi minit mesyuarat ataupun laporan tahunan apa semua yang dibentangkan dekat masjid atau parlimen contohnya kan.

Ini dalam masjid masa khutbah Jumaat. Lepas itu tak ada langsung pasal sejarah-sejarah cerita pasal Rasulullah apa semua. Cerita pasal pembentangan kutipan zakat negeri Selangor. Bukan tak bagus, cuma rasanya macam tak ada benda yang dapat kita isi dalam dada apabila keluar masjid. Ini satu luahan bukan aduan. Betul ke aku cakap ni?

Tambah pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ lagi, perkongsian video yang dimuat naik di TikTok itu sekadar luahan dan bukannya aduan. Jelas Wan, terdapat pelbagai topik menarik yang boleh disampaikan kepada jemaah selain daripada topik zakat dan alam sekitar.

Luahan ni bukan untuk hari ini saja. Sebab sebelum ini ada topik -topik khutbah macam alam sekitar, jangan mencemarkan alam sekitar. Ni semua macam pembentangan dewan rakyat. Tak ada benda yang kita boleh isi dalam hati. Minta maaf kalau salah cakap.

Video

MENARIK:  Corat-Coret AJL38: Persembahan Pembukaan ‘Women Empowerment’, Aisha Retno ‘Kembara Di Awangan’, Baju Pokok Aina Abdul Jadi Tumpuan!
" data-video-id="7336107475038489864" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@sirwanraja

Taktau nak bincamg dengan siapa….sini je lah.Kalau salah ampunnnnn ya #jais #jawi #fyp? #fyp #fypmalaysia??tiktokviral??

? original sound – ????._.????

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular