[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Wanita Dalam Tempoh Edah Pergi Kubur Suami

Shopee Sale


Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan hukum isteri yang dalam tempoh edah ingin menziarahi kubur suami.

Wajib berkabung

UAI wanita edah

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI menyatakan perempuan yang kematian suami hendaklah menjalani tempoh edah selama empat bulan 10 hari.

Bagaimanapun, sekiranya berlaku darurat seperti jatuh sakit, wanita itu boleh keluar untuk mendapat rawatan.

Perempuan yang mati lelaki, kena edah selama empat bulan 10 hari. Apa yang wajib? Kena beredah dan berkabung. Beredah adalah menahan diri daripada berkahwin dengan suami yang lain.

Berkabung pula adalah berduka cita, bersedih, tidak menunjukkan rasa gembira, tidak memakai pakaian cantik, berhias, tidak mewangikan diri, tidak keluar daripada rumah selama 130 hari melainkan darurat.

Apa darurat? Sakit. Tapi keluar dari hospital selepas berubat, kena balik terus.  Nak beli beras tapi tak ada anak dan cucu, boleh keluar pergi kedai.

Tak ada duit untuk belanja nak pergi meniaga jual sayur, boleh pergi. Habis jual, terus balik rumah kerana wajib berkabung.

Dalam pada itu, UAI turut menjawab pertanyaan sama ada wanita edah boleh datang atau melawat kubur suami pada hari kematian.

Nak pergi dekat suami mati (ziarah kubur), tak boleh kerana bukan darurat.

MENARIK:  Remaja 13 Tahun Dihalau Tidur Di Koridor Flat Sehingga Terpaksa Buang Air Besar Di Tangga, Ibu Bapa Sudah Ditahan Polis

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular