[VIDEO] Tyra Kamaruzzaman Dedah Berat Badan Naik 14kg Sepanjang Hamil – ‘Kita Dah Tak Hot Dah’

Shopee Sale


Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman memaklumkan berat badannya telah naik sebanyak 14 kilogram sejak hamil anak pertama.

Berat naik 14kg

" data-video-id="7455268992039570706">
@tyrakmrzzmnsaya naik berat 14kg. hidung saya macam roti naik. pipi saya macam tako tao. bibir saya macam selipar jamban? original sound – tyrakmrzmn

Menerusi perkongsian di TikTok, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman juga tidak menyangka wajah dan bentuk badannya akan berubah secara drastik.

Berat saya naik 14kg, hidung saya macam roti, pipi saya naik macam tako tao dan bibir saya macam selipar jamban.

‘Life have been humbled me’ sejak saya mengandung sebab saya ingat saya tak akan jadi ‘kembang’. Saya ingat saya insan terpilih.

Di akhir perkongsian, Tyra sempat berseloroh mengatakan dirinya sudah tidak lagi seksi ketika hamil.

Tapi, tengoklah saya sekarang. ‘Nose contour’ pun tak boleh nak cover dah hidung ini, dah nampak macam kena pam basikal sepuluh kali melutup dan kena pam balik.

Kita dah tak seksi, tak hot dah.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendengar luahan Tyra dan mendoakan yang terbaik buat pempengaruh itu.

MENARIK:  Mya Herry Dakwa Syarikat Pengurusan Bagi Bayaran Tak Sampai RM1.5k – ‘Kalau Tak Boleh Jual Kenapa Susah Nak Lepaskan?’

Sekadar info, Tyra telah mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Emran Rijal pada 3 Mei lalu dan berkongsi berita kehamilan cahaya mata pertama mereka pada 3 Ogos lalu.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular