[VIDEO] Talita Bakal Muncul Di Bukit Bintang Untuk ‘Show’ Pertama – ‘Rupanya Dia Memang Tunggu Peluang Ini’

Shopee Sale


Impian jadi kenyataan, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada anak perempuan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Talita apabila bakal membuat persembahan di depan khalayak umum buat pertama kalinya.

Talita tak dapat tahan sebak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, memberitahu berita gembira ini sejurus Talita pulang dari sekolah.

Pada perkongsian tersebut, Talita dilihat tidak dapat menahan sebak.

Pagi tadi Azad call, dia cakap pagi Era ada buat content busking dekat Bukit Bintang.

Mereka jemput Talita nyanyi sekali.

Sebagai ayah, saya melompat keriangan.

Jadi hari ini bila Talita balik dari sekolah, panggil dia naik studio dan inilah jadinya.

Berkongsi lebih lanjut, menyanyi di hadapan khalayak ramai merupakan peluang yang diimpikan oleh Talita.

Semoga Allah permudahkan urusan Talita.

Daddy akan ada selalu di belakang. Daddy adalah peminat terbesar awak.

Esok satu family turun sokong Talita.

‘Mesti arwah ibu bangga’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan reaksi Talita yang teruja dengan peluang yang diberikan. Selain itu, warganet turut merasakan Allahyarham pelantun lagu ‘Kesetiaan’ itu pasti bangga dengan bakat anak perempuannya.

MENARIK:  Dr. Ko Skin Specialist Tawar Diskaun Sehingga 50% Untuk Rawatan Kecantikan!

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular