Aktres jelita, Siti Saleha mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan bersama Joshua Fitton selepas hampir dua tahun menjalin hubungan istimewa.
Mesra bersama
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, aktres berdarah kacukan itu dilihat membuat pengakuan secara mengejut semasa menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.
2024 sangat bagus dan kami sudah bertunang. Saya terbuka mengenai perkara tersebut.
Berita gembira itu dikongsi selepas hos mengajukan soalan mengenai keseluruhan 2024 kepada Siti Saleha.
Pada Disember 2022, pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum itu memperkenalkan Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen pada umum. Namun ketika itu, dia menyatakan masih tiada perancangan untuk berkahwin.
Sekadar info, Siti Salehah atau mesra dengan nama panggilan Sally pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.