[VIDEO] ‘Sedihnya Lagu Penulisan Najwa Latif, Terasa Kehilangan Dia Tu’

Shopee Sale


Umum mengetahui, penyanyi Najwa Latif mengalami keguguran anak pertamanya pada Disember lalu.

Nyanyi lagu fasal ‘kehilangan’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Terbaharu, pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif ini mencuri perhatian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

Menerusi hantaran tersebut, Najwa sedang menyanyikan sebuah lagu bersama suaminya, Akwa Arifin yang bermain sebuah alat muzik disisinya.

Satu (lagu) sebelum 2024 berlalu ‘pergi’.

Difahamkan, nukilan tersebut ditulis sendiri oleh Najwa Latif dan bait lirik di dalam lagu itu seakan berkait dengan kehilangan kandungan pertamanya.

‘Ada debaran pertama tak terganti saat pertama tahu kau ada.’

‘Namun hari itu datang tiba-tiba, kau pergi tanpa sempat kujaga’.

Raih perhatian netizen

Perkongsian Najwa itu turut mencuri perhatian sehinggakan dimuat naik semula (repost) oleh seorang pengguna di aplikasi X.

Menerusi ciapan yang dibuat, seorang pengguna yang dikenali sebagai Seth Khilfi meluahkan rasa sedih mendengar lagu tersebut dan begitu terasa akan kehilangan yang dirasai oleh Najwa.

MENARIK:  [VIDEO] Siti Nurhaliza Mohon Doa Mak Salmah Setiap Kali Sebelum Konsert – ‘Itulah Kunci Kejayaan Beliau’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Najwa dan suami terus kuat berdepan dengan ujian.

Terdahulu, Najwa berkongsi berita duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu.

Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular