[VIDEO] Radhi OAG Kesal Kes Pukul Bekas Isteri Jejaskan Karier – ‘Orang Jatuhkan Hukuman Kepada Saya Terlebih Dahulu’

Shopee Sale


Vokalis kumpulan OAG, Radhi kecewa berikutan imejnya sebagai penyanyi telah tercalar rentetan dakwaan kes memukul bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri.

Karier terjejas

Radhi OAG

Ketika ditemui Radhi atau nama lengkapnya Muhammad Radhi Razali meluahkan rasa kesal apabila kes tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan kerjayanya sebagai anak seni.

Kes ini banyak memberi kesan terhadap karier saya, siapa yang mahu beri tawaran (persembahan) pada orang yang pukul perempuan kan.

Ibaratnya orang dah jatuhkan hukuman kepada saya terlebih dahulu, tapi saya tak boleh salahkan sesiapa sebab itu persepsi masing-masing.

Apa yang saya boleh buat selama ini pun hanyalah boleh bersabar, saya bukan sesiapa, saya bukan orang yang ada nama.

Dalam pada itu, Radhi berkata berikutan Nur Shahira menyekatnya daripada berhubung, maka dia perlu berkomunikasi dengan ibu mentuanya bagi hal berkaitan anak-anak.

Saya lebih banyak berhubung dengan mak dia, sebab dia (bekas isteri) sudah lama sekat saya, jadi susah nak berkomunikasi.

Jadi saya teruskan apa yang dia mulakan (laporkan), saya dah banyak bertolenrasi terutamanya bila dituduh memukul dan saya tak dapat membela diri saya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 47 tahun itu masih mahu menuntut keadilan buat dirinya dengan meneruskan kes tersebut di mahkamah.

Perlu ada keadilan untuk saya, saya berhak bersuara juga. Saya enggan ganggu proses mahkamah tapi saya perlu pertahankan diri saya.

Berbaik dengan dia? Ya. Berbalik kepada dia? Mustahil. Dia pun dah sampai macam ini buat saya. Berbaik pun dah cukup untuk anak-anak.

Pada Julai tahun lalu, Nur Shahira mengesahkan bahawa dia belum menarik semula laporan polis berhubung kes berkenaan berikutan terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan.

MENARIK:  Isu Ahli SMDX Didakwa Sombong & Tak Kenal Dolla, XIOKK Entertainment Mohon Maaf – ‘Banyak Lagi Yang Perlu Kami Pelajari’

Sebelum itu, pada prosiding kes 21 Jun tahun lalu, bagi menyelesaikan kes diluar mahkamah Nur Shahira telah meminta bekas suaminya untuk membayar sebanyak RM300,000.

Terdahulu, pelantun lagu Generasiku itu didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isterinya pada 19 April 2023 kira-kira pada jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Radhi kemudian mengaku tidak bersalah di atas pertudahan tersebut.

Untuk info, Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua oranag anak iaitu Nur Aisyah,8, dan Muhammad,7.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular