[VIDEO] ‘Pensil Baru Asah, Dia Pergi Test Dekat Anak Aku’ – Syatilla Melvin Kongsi Momen Jedda Cucuk Belakang Salama

Shopee Sale


Tak dinafikan, sebut sahaja nama The Melvins’ pasti ramai sudah terbayang gelagat dan telatah lucu adik-beradik ini ketika melakukan siaran langsung di TikTok.

Momen Jedda cucuk Salama

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin berkongsi momen anak bongsunya iaitu Salama telah ‘dicucuk’ oleh anak buahnya, Jedda iaitu anak kepada Syida Melvin.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan anak-anak Syatilla termasuk anak-anak buahnya sedang berkumpul di satu ruangan di dalam rumah sambil bermain. Tiba-tiba, Jedda yang memegang sebatang pensil datang menghampiri Salama yang sedang duduk di atas kerusi lalu “menekan” hujung pensil tersebut pada bahagian belakang anak bongsu pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla.

Salama dilihat menjerit kesakitan akibat dicucuk dan Syatilla yang menyedari kejadian itu terus menyelamatkan dan menghalang perbuatan Jedda.

Detik-detik Jedda cucuk epidural dekat Salama, pensil baru asah naaa…dia boleh pi test dekat anak aku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui kasihan melihat Salama namun turut terhibur dengan aksi ‘nakal’ Jedda. Dalam pada itu, ada di antara mereka sempat menitipkan pesan buat ibu bapa agar memantau anak-anak yang masih kecil bagi mengelakkan daripadanya berlakunya perkara di luar jangkaan.

MENARIK:  Jue Aziz Tolak ‘Job’ Lumayan Yang Perlu Buka Tudung

Video

" data-video-id="7340276478858382599">
@samtilla82 Detik2 jedda cucuk epidural dekat salama?pencil baru asah naaa.. dia boleh p test dekat anak aku?#foryoupage ? Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular