[VIDEO] Netizen Berdekah Gelak Dengar Respons Nada Soffea Apabila Ajak Minta Pendapat Nak Kahwin Lain

Shopee Sale


Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, berkongsi sebuah rakaman video memaparkan reaksi anak perempuannya, Nada Soffea ketika dia meluahkan hasrat untuk berkahwin lain.

Nada ikut ibu

Menerusi video tersebut, Ajak meminta pendapat daripada anak gadisnya itu berhubung hasrat untuk berkahwin lain.

Ternyata, respons yang diberilkan oleh Nada berjaya mencuri perhatian netizen.

Ajak: Baba nak kahwin lagi.

Nada: Betul?

Ajak: Apa pendapat Nada?

Nada: Hari tu masa apa Nada cakap, baba nak kahwin lain ibu kata ibu tak kisah. Jadi maksudnya ibu bosan dengan baba.

Ajak: Kalau ibu bosan maksudnya apa? Maksudnya boleh.

Nada: Bukan boleh, dia macam alah pergilah tak kisah.

Ajak: Tapi Nada?

Mana taknya, Nada menjawab dia akan mengikut ibunya bersama suami baru sekiranya Ajak berkahwin lain.

Nada: Nada ikut ibu.

Ajak: Ikut ibu apa? tak kisah juga?

Nada: Tak, Nada bukan tak kisah. Nada ikut ibu pergi dengan suami ibu yang lain. Kalau baba boleh buat, ibu pun boleh buat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ajak dan Nada. Netizen turut memberi pujian buat Nada kerana bijak mengatur ayat ketika menjawab pertanyaan bapanya itu.

MENARIK:  ‘Bukan Facebook Saya. Entah Mengkarung, Iguana Atau B*natang Mana Yang Pakai Nama Saya’ – Bell Ngasri

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular