[VIDEO] ‘Mungkin Belum Rezeki Kita Nak Pergi Umrah Bulan Puasa Ni’ – Shuib

Shopee Sale


Di Instagram, pelawak Shuib memberitahu dia dan Mamat terpaksa menangguhkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan berikutan syarikat agensi umrah yang dipilih didakwa tidak telus dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci.

Belum rezeki

Menerusi video yang dimuat naik, Shuib dipercayai sedang bercakap dan memujuk Mamat agar tidak bersedih dengan keputusan tersebut.

Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak okay untuk berkerjasama. Tapi bila kita nampak macam-macam masalah yang timbul, jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama syarikat agensi tersebut.

Tambah Shuib, dia berharap pihak syarikat tersebut tidak sewenang-wenangnya menggunakan wajah mereka untuk tujuan mempromosikan pakej umrah. Ujar Shuib lagi, dia yakin hasrat dan impiannya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama Mamat bakal tercapai.

Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi. Insya-Allah ade rezeki lain Mat, kita doa ada agensi yang lebih sesuai, yang boleh bawa kita pergi umrah Mat.

Terdahulu, Mamat meluahkan rasa syukur apabila Shuib bermurah hati menghadiahkan pakej umrah buatnya.

MENARIK:  ‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Akibat Strok Selepas Lahap Ayam Goreng

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular