[VIDEO] Miera Leyana Bukan ‘Kaki Kikis’, Kahwin Dengan Suami Sebab Jodoh

Shopee Sale


Buat pertama kali, pelakon Miera Leyana tampil membahaskan mengenai konflik yang berlaku antara suaminya, Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib, 50.

Bukan punca suami nak bercerai

" data-video-id="7258892131878620434">
@melodiberapi Dengarkan penjelasan Eksklusif Miera Leyana berkenaan isu suaminya bakal menceraikan isteri pertama #meloditv3 #mieraleyana #tv3 #selebritimalaysia #fyp? ? original sound – Melodi

Memetik laporan Melodi, Miera menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjadi punca keretakan rumah tangga suaminya bersama madu.

Untuk mengatakan saya punca memang tidak sebab ajal maut di tangan Tuhan. Anda kena percaya benda itu.

Nak kata saya punca rumah tangga mereka retak, itu tidak adil.

Selain itu, aktres berumur 30 tahun turut menegaskan dia tidak berkahwin dengan Rosland semata kerana kemewahan dan harta benda.

Saya berkahwin dan pada waktu itu saya single. Yang follow saya tahu dengan kontroversi sebelum ini. Saya sebelum ini bercinta dengan orang bagaimana.

Bukan bercinta dengan suami orang. Saya bercinta dengan orang ada status juga. Kalau ada spekulasi yang mengatakan saya berkahwin dengan suami sebab dia kaya, itu salah.

Kenapa saya nak berkahwin dengan lelaki yang ada anak lima? Baik kahwin dengan lelaki yang single (solo) dan berduit. Saya kahwin sebab dah tertulis jodoh.

Urus hal sendiri

Miera Leyana

Dalam pada itu, pemilik nama Miera Leyana Kasmi menyatakan dia tidak akan masuk campur urusan suaminya dan akan membiarkan mereka berdua menyelesaikan konflik terbabit.

MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Terima Komen Berbaur Fitnah – ‘Ada Yang Tuduh Saya Bermaksiat, Itu Melampau’

Kata pelakon drama Luna Fantasiku, dia ingin memberi fokus kepada tugasan isteri dan masa sama menguruskan anak-anak.

No never ever. Saya tidak akan masuk campur dan tidak akan memberi sebarang komen tentang hubungan mereka. Biar mereka saja yang tahu.

Saya lebih fokus kepada hubungan dengan suami dan anak-anak. Tetapi kalau kalau keadaan memaksa dan membuatkan saya untuk masuk campur, itu dah lain (different thing).

For me, there’s a barrier, there’s a wall between saya dan pihak sebelah sana. Jadi, pihak saya buat hal sendiri dan saya juga melakukan benda yang sama.

Terdahulu, media melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular