[VIDEO] Kereta Shakilla Khoriri Kena ‘Sondol’ Dari Belakang, Lelaki Bonceng Motosikal Sempat Minta ‘Selfie’ – ‘Akak Bukan Artis Ke?’

Shopee Sale


Pelakon dan pengacara, Shakilla Khoriri mengalami kemalangan kecil apabila keretanya dilanggar oleh sebuah motosikal dari arah belakang.

Dilanggar dari belakang

Menerusi perkongsiannya di TikTok, didapati klip pada bahagian belakang kereta Shakilla patah dan perlu diganti dengan yang baru.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di mana individu itu menunggang motosikal dengan jarak yang terlalu rapat dengan kereta.

Pemuda itu mendakwa dia mahu mengelak namun Shakilla telah menekan brek ketika dia ingin beralih ke kiri jalan.

Saya nak elak daripada akak, akak dekat sangat.

Saya nak ke kiri, akak pula boleh break.

Meskipun geram, Shakilla masih mengambil berat tentang keadaan lelaki tersebut.

Yang kau ikut dekat-dekat kenapa? Nasib baik tak mati tau tak. Kalau ada lori ke, jatuh ke. Meminta kau eh.

Minta ‘selfie’

Kemudian, pemuda itu baru tersedar Shakilla merupakan seorang selebriti dan memintanya untuk bergambar.

Kau dah langgar kereta aku sampai dah rompong mulut dia dekat bawah lepas tu nak bergambar.

Nasib baik hari ni mood aku baik eh.

MENARIK:  Suami Nabila Razali Tak Cerewet Makan, Bersahur Hanya Dengan Kurma
" data-video-id="7342007321125604609">
@shakillakhoririAkuuu lahhh budak bertuahhhh ni kannnnn……. Hasihhh ?? original sound – SHAKILLA KHORIRI

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular