[VIDEO] Karaoke Lagu ‘Made For Me’, Netizen Puji Suara Hannah Delisha – ‘Sama Macam Penyanyi Original’

Shopee Sale


Baru-baru ini, pelakon kelahiran Singapura iaitu Hannah Delisha berkongsi video nyanyiannya di sebuah pusat karaoke menerusi hantaran di TikTok.

Nyanyi lagu ‘Made For Me’

" data-video-id="7389606996359646472">
@hannahdelishaofficial First try on Made For Me?#madeformechallenge ? Made For Me – Muni Long

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch ini menyanyikan lagu nyanyian asal penyanyi antarabangsa Muni Long yang berjudul ‘Made For Me’.

Dapat dilihat, Hannah begitu santai menyanyikan lagu tersebut dalam keadaan duduk di atas sofa.

Apa yang mencuri perhatian ialah, rata-rata netizen memuji nyanyian Hannah dan menyamakan suara pelakon filem ‘Langsuir’ itu seperti penyanyi asal lagu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat Hannah mempunyai pakej yang cukup lengkap sebagai seorang selebriti kerana bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan malah hebat dalam bidang nyanyian.

MENARIK:  Band Cokelat Kembali Ke Malaysia 7 September Ini!

Komen netizen

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular