Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B membuat kejutan pulang ke Malaysia.
Bestie dah balik
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan meluahkan keterujaannya dengan kepulangan Cik B.
Pada perkongsian tersebut, Kacak dilihat memeluk Cik B sejurus mereka berjumpa di rumah.
My bestie dah balik.
Saya rindu bestie saya.
Welcome home Cik B.
Akhirnya Kacak ada bantal peluk malam ini.
Difahamkan, Cik B tidak lama berada di Malaysia kerana ada urusan penggambaran di Turki.
Keakraban adik beradik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hubungan rapat antara adik beradik ini. Selain itu, warganet turut memuji penampilan Cik B yang dilihat semakin kurus.