[VIDEO] Janna Nick Jujur, ‘Butter Cheese Cake’ Viral Rasa Biasa – ‘Jangan Marah Saya’

Shopee Sale


Pelakon dan pengacara, Janna Nick terkenal dengan sikap jujurnya ketika membuat penilaian rasa makanan yang dimakan. Terbaru, Janna dan suami, Dini Schatzamann berpeluang merasai keenakan kek butter cheese dari Sarawak yang sedang viral.

Tak rasa premium butter

Janna Nick kek cheese butter

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Janna berpendapat testur kek itu agak kering dan rasa yang biasa saja. Bagi Janna, kek itu terlalu manis untuk tekaknya yang bukan penggemar kek.

Rasa dia kan biasa saja. Sorry ye orang Sarawak, jangan marah saya. Saya pernah try butter cake yang lebih sedap dari ini.

Tapi kek ini tak oily. Saya rasa kek ini manis. Saya tak rasa premium butter.

Saya tak rasa feel nak makan lagi sekali. Mungkin taste saya lain, yang lebih moist. Ini kering.

Susulan itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberikan ‘rate’ 3/10 manakala Dini pula dilihat ‘kena dengan tekak’ apabila penilaiannya agak tinggi iaitu 7.5/10.

MENARIK:  Kes Hafidz Roshdi Didakwa Pukul Bekas Isteri Ditarik Balik, Mahkamah Tetap Sebutan Semula Pada 13 Ogos Ini

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terima dengan ulasan pelakon drama Melastik Ke Hatimu kerana setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular