[VIDEO] ‘Jangan Percaya Sangat Abang, Kena Check Juga Phone’

Shopee Sale


Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sentiasa mengingatkan isteri tercinta, Syafiqah Aina untuk tidak meletakkan kepercayaan 100 peratus dalam hubungan suami isteri.

Kena check telefon

syafiqah aina hafiz mahamad

Ketika ditemui , Hafiz berkata dia menyuruh Aina untuk kerap kali memeriksa telefon bimbit miliknya. Kata Hafiz, biarpun dia tidak berlaku curang namun itu sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak timbul masalah itu.

Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ada ujian. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, insyaAllah akan jaga.’

Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga phone’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.

Saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang-kurangnya ada perasaan takut.

Hafiz ditemui di malam Anugerah AINAA Super Seven Awards sempena ulang tahun AINAA ke-7 yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur.

Takut diuji

hafiz usahawan AINAA

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata mengingatkan Aina untuk membantu dirinya agar tidak terus terjerumus dalam ‘virus’ binasa rumah tangga.

Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha.

Kita tak tahu takdir Allah macam mana. Ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu.

Terdahulu, netizen menasihati Hafiz agar tidak menduakan isterinya selepas kontroversi pempengaruh Aliff Teega mengakui sudah berkahwin dua.

MENARIK:  Duo DJ Ikonik Ean & Haniff Berganding, Kendali Rancangan Pagi Baharu Di Fly FM

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular