[VIDEO] Haliza Maysuri Belanja RM12,782.97 Di Restoran Mewah Thailand, Belajar Cara Makan ‘Kreatif’ Kena Jilat Pinggan

Shopee Sale


Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri mencuri perhatian apabila berkongsi momen dirinya menikmati juadah di sebuah restoran mewah terkemuka di Thailand.

Sampai kena jilat pinggan

" data-video-id="7420746261562707207">
@halizamaysuri Makan malam di restoran Louis Vuitton ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak terlupakan. Dengan 21 menu dari seluruh dunia — India, Jepun, Eropah dan banyak lagi — setiap hidangan seperti perjalanan rollercoaster yang penuh kejutan! Dari cara makan yang kreatif, termasuk menjilat pinggan untuk menikmati rasa sepenuhnya, setiap menu disajikan dengan keunikan tersendiri. Selama 3 jam, kami dihidangkan dengan rasa, budaya dari setiap sudut dunia. #yangbaikjadikanteladan #yangtakbaikjadikantauladan ? original sound – Haliza Maysuri

Menerusi perkongsian di TikTok, Haliza dibawa ke sebuah bilik istimewa dan dimaklumkan bahawa setiap pelanggan yang hadir perlu membelanjakan nilai minimum sebanyak 100,000 baht (RM12,782.97) untuk makan di restoran tersebut.

Bilik ini boleh muat seramai enam orang dan kalau nak buat tempahan, minimum perbelanjaan ialah sebanyak 100,000 baht (RM12,740.60).

Harga itu untuk enam orang dan sambil-sambil makan, kita boleh tengok cef menyediakan makanan secara ‘live’ dalam bilik ini.

Cara betul menikmati juadah

Haliza kemudiannya berpeluang untuk menikmat 21 jenis makanan yang dibawakan dari seluruh dunia termasuklah Jepun, India, Eropah dan banyak lagi.

Usahawan berajaya itu turut diajar cara untuk menikmati setiap makanan tersebut termasuklah perlu menjilat makanan dari pinggan.

Makan malam di restoran mewah ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak terlupakan.

Dengan 21 menu dari seluruh dunia seperti India, Jepun, Eropah dan banyak lagi, setiap hidangan yang disajikan adalah seperti perjalanan rollercoaster yang penuh kejutan!

Dari cara makan yang kreatif, termasuk menjilat pinggan untuk menikmati rasa sepenuhnya, setiap menu disajikan dengan keunikan tersendiri.

Selama tiga jam, kami dihidangkan dengan rasa, budaya dari setiap sudut dunia.

Perkongsian Haliza itu telah mendatangkan respon pelbagai dalam kalangan netizen di ruangan komen.

MENARIK:  Ibu Zayn Rayyan Harap Pemfitnah Terima Balasan, Doa Pelaku Sebenar Mengaku Bersalah – ‘Semoga Doa-Doaku Menembusi Langit’

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang pelik melihat kaedah ‘fine dining’ yang sebegitu dan ada juga yang memuji Haliza kerana berkongsi pengetahuan mengenai hidangan T20.

Komen netizen

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular