[VIDEO] Gelagat Andi Sakat Puteri Sarah Bikin Ramai Blushing, Doa Cepat Kahwin! – ‘Aduh, Kalau Tak Dicubit, Digigit..Hancur Badan Kita’

Shopee Sale


Hubungan baik dan keakraban yang terjalin antara Puteri Sarah Liyana dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil bukan lagi rahsia. Malah ramai penonton akui suka melihat gelagat mereka setiap kali muncul bersama dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Andi mengusik Puteri Sarah

Terbaharu, tular satu video di TikTok memaparkan Andi atau nama sebenarnya Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah dan beberapa individu lain berada di dalam lift. Kemudian, Andi memaklumkan kepada Puteri Sarah bahawa di belakangnya terdapat ‘kecoak’ yang membawa maksud adalah seekor lipas. Puteri Sarah tiba-tiba menjerit ketakutan, rupa-rupanya Andi sengaja mengusiknya.

Kalau tak dicubit, dipukul. Hancur badan kita. Kalau bukan dipukul, dicubit, dicakar..gigit.

Tak dinafikan, wargamaya akui suka melihat gelagat mesra Puteri Sarah dan Andi malah ada di antara mereka mendoakan agar kedua-dua pelakon itu dipertemukan jodoh bersama.

Menurut wargamaya lagi, Andi sememangnya suka bergurau dan menyakat Puteri Sarah dan mereka berpendapat itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.

Ada makna tu, Andi nak Sarah duduk sebelah dia.

Andi memang suka kalau Sarah cubit, sebab tu kuat menyakat.

So sweet, comel sangat dua orang ni.

Puteri Sarah memang aura besar buat kita, jadi angau. Suka tengok diorang ni

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

MENARIK:  [VIDEO] Bacaan Al-Quran Warga Asing Sebelum Mula Bekerja Raih Perhatian – ‘Nak Jemput Jadi Imam Tarawih Nanti’

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Video

" data-video-id="7337502671122828565">
@inayahbeautytrading suka la tengok diorang berdua ni? #fyp #puterisarahliyana #andiarsyil #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular