[VIDEO] Fizi Ali Nak Selesai Isu Anak Hari Ini, Shakilla Khoriri Tak Cukup Tidur

Shopee Sale


Penyampai radio, Fizi Ali tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sekitar jam 9.20 pagi bagi proses sebutan hadanah pertama di hadapan pendaftar melibatkan hak penjagaan anaknya, Ameena Sofia.

 

Harap selesai hari ini

fizi ali killa hak anak

Ketika ditemui , Fizi berharap agar urusan tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik demi memastikan Ameena mendapat kasih sayang yang sama rata daripada dirinya dan bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Harapan saya kalau boleh selesai segala urusan hari ini lagi bagus.

Saya cuma nak anak saya Ameena mendapat kasih sayang daripada ibu dan ayah dia.

Jadi kalau dapat selesai hari ini, ia akan menjadi satu kelegaan kepada saya.

Fizi yang turut ditemani isterinya, Siti Zulaikha dan peguam, Nurhusniah Husin mendedahkan dirinya begitu optimis dan positif terhadap sebutan hadanah yang bakal berlangsung pagi ini.

Insya-Allah saya sangat positif proses sebutan hari ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik dengan mendapat kata sepakat.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada peguam saya yang banyak membantu sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Shakilla yang tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.25 pagi enggan memberikan sebarang komen namun mendedahkan dirinya tidak mendapat tidur yang cukup.

Saya okay cuma tak cukup tidur.

" data-video-id="7338233189766335752">
@official Fizi Ali tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes hadanah. Semoga segala urusan dipermudahkan ?# #fyp #news #fiziali ? original sound – OHBULAN!
MENARIK:  Qistina Raisah Ditegur Netizen, Foto Posing Nampak Ketiak Mengundang – ‘Nak Pakai Apa Pakailah, Jangan Upload Yang Terdedah’

Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Fizi kemudiannya mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan seorang ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular