[VIDEO] David Teo Disantau Ahli Keluarga Terdekat? – ‘Saya Makan Telur Separuh Masak Sampai 10 Biji’

Shopee Sale


Pengarah urusan MIG, Mejar (K) Datuk David Teo mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa sihir sewaktu penggambaran filem ‘Jangan Pandang Belakang 2.’

Disihir keluarga terdekat?

Menerusi temu bual bersama Melodi, David berkata, beberapa perkara aneh juga berlaku kepadanya akibat daripada perbuatan terkutuk itu.

Saya disantau sehingga saya rasa hampir mati dan itu realiti yang berlaku kepada saya. Saya fikir itu perkara biasa kerana waktu itu sedang menjalani penggambaran filem seram tetapi tidak.

Saya alami pening-pening sampai tak boleh tidur. Saya pun pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan dan diberi ubat tetapi saya tetap tak boleh tidur.

Selain itu, saya seorang yang tidak gemar makan telur separuh masak tetapi waktu saya terkena sihir itu sampai 10 biji pun boleh telan.

Bukan itu sahaja, saya perlu memakai baju sejuk untuk rasa selesa pada waktu panas.

Tambah David, perkara tersebut dialami sejurus selepas dirinya kehilangan ayahanda tercinta.

Selepas hampir sebulan berdepan dengan situasi aneh itu, David kemudiannya mendapatkan rawatan Islam selepas dicadangkan oleh seorang pekerjanya.

Ustaz itu cakap kalau lambat bertindak mungkin saya akan mati. Selepas beberapa jam dirawat ustaz tersebut, saya kembali pulih.

Cuma saya masih lagi dipantau oleh ustaz berkenaan kerana masih mendapat gangguan daripada perbuatan tersebut.

Berdasarkan informasi yang diberikan ustaz tersebut, saya rasakan bahawa keluarga terdekat juga yang ‘menghantar’ santau tersebut kepada saya.

Video

MENARIK:  Muat Naik Foto Pakai Baju Lengan Panjang & Skirt, Netizen Puji Zizie Izette ‘Semakin Berusia, Semakin Menawan’
" data-video-id="7341005295528758546">
@melodiberapi Penerbit David Teo berkongsi dirinya pernah terkena buatan orang sehingga hampir menyebabkan kematian. #meloditv3 #tv3malaysia #davidteo #janji #santau #sihir #saka #hantu ? original sound – Melodi tv3

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular