[VIDEO] Dah Siap Bertanjak, Rupanya MUA Tersalah Tatarias Pengantin – ‘Kau Pun Merela Je Bang, Kenapa Tak Cakap Dari Awal’

Shopee Sale


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang jurusolek sedang sibuk menatarias seorang individu yang dipercayai merupakan pengantin lelaki.

Tersalah tatarias pengantin

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok, seorang individu dilihat sudah siap memakai busana pengantin berwarna kuning keemasan sementara juru solek sedang mengambil beberapa perhiasan untuk dipakaikan kepada raja sehari itu.

Tiba-tiba, individu yang dipercayai adalah pengantin lelaki tersebut bertanya adakah busana yang dipakainya itu adalah pakaian raja sehari kemudian juru solek mengiyakan pertanyaan tersebut. Namun siapa sangka, rupa-rupanya, individu itu bukanlah pengantin yang sebenar sebaliknya dia hanyalah adik kepada pengantin.

Kesilapan tersebut berlaku kerana wajah kedua-dua adik beradik itu hampir seiras dan boleh dikatakan mereka seperti pasangan kembar.

Video yang dikongsikan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur melihat situasi yang berlaku. Malah mereka turut mempersoalkan mengapa individu itu merela dan tidak mengaku dari awal bahawa dia bukanlah pengantin sebenar.

Yang kau merelakan tu kenapa

Kau pun rela je orang pakaikan baju tu kenapa bang

Kenapa sebelum dia bagi pakai kau tak bagitahu dia bukan pengantin

Jurukamera pun, member dah siap baru cakap bukan pengantin

Tu tandanya jodoh dah dekat

Video

MENARIK:  Tampilkan Abang POV Sebagai Pelakon, Teater ‘Andak Bertandak’ Temui Peminat 29 Ogos Hingga 1 September Ini
" data-video-id="7337141258911108357">
@tambang_infoo Tolong teman ku belaa ee ?. Semoga disegerakan jugaa pisss #kendarisulawesitenggara #kendari #kendariinfo #kendaritiktok #fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral #fypage #kendarisulawesitenggara?? #sulawesitenggara #agaklaen #agaklain @kendariinfo @IG : UMARRIDWAN01 @Alkes Kelor @OFFICIAL MAKASSAR INFO ? suara asli – Mine – Resolusi 2024

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular