[VIDEO] Bonda Rozita ‘Reward’ Staf Dengan Hadiah Lumayan, Ada Yang Dapat Rumah Banglo Harga RM800k

Shopee Sale


Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim yang lebih mesra disapa Bonda Rozita mencuri perhatian ramai apabila memberi ‘reward’ mewah kepada para pekerjanya sempena kerja keras mereka sepanjang tahun 2024.

Beri ‘reward’ lumayan

" data-video-id="7454892991925194005">
@kaktiii01 Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya… tapi ni belum masuk BONUS?? #JRMxRHStarNight #bondarozitaibrahim ? suara asli – dr. Valdo

Menerusi perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Kaktiii, hadiah-hadiah tersebut diberikan pada satu majlis makan malam tahunan diadakan syarikat milik Bonda Rozita.

Ujar Kaktiii, majlis makan malam itu merupakan majlis paling ‘havoc’ yang pernah diadakan sepanjang empat tahun kebelakangan ini.

Apa yang mencuri perhatian ialah, Bonda Rozita dilihat memberikan hadiah lumayan berupa kereta serta pakej haji dan umrah bahkan ada pekerja yang diberikan hadiah berupa sebuah banglo bernilai RM800,000.

Tambah Kaktiii, hadiah-hadiah yang diberikan itu tidak termasuk dengan bonus dan mereka sangat bersyukur dengan ‘reward’ yang diberikan.

Dinner paling havoc sepanjang empat tahun.

Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya, tapi ini belum masuk bonus.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasakan para pekerja kepada Bonda Rozita sangat beruntung kerana mendapat majikan seperti usahawan itu.

MENARIK:  Teuku Ryan Mohon Doa, Cuba Selamatkan Perkahwinan Dengan Ria Ricis

Mereka juga mendoakan agar Bonda Rozita dimurahkan rezeki dan perniagaannya semakin berkembang dan maju.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular