[VIDEO] Berwuduk Dalam Keadaan Berbog*l Sah Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Shopee Sale


 

Sekadar gambar hiasan

Berwuduk merupakan salah satu amalan penting dalam Islam yang menjadi syarat sah untuk mendirikan solat dan melakukan beberapa ibadah lain. Ia adalah bentuk penyucian diri yang melibatkan basuhan dan sapuan tertentu pada anggota badan dengan air bersih.

Namun, dalam melaksanakan ibadah ini, terdapat adab dan hukum tertentu yang perlu diikuti, termasuk soal aurat dan kesopanan.

Hukum berwuduk dalam keadaan bogel

" data-video-id="7458642289385098512">
@masjidbspofficial Wuduk ni kan perintah Allah, buatlah dengan elok dan beradab? Dah masuk tahun baru masih belum bertemu jodoh? Try ikhtiar di sini @TillJannah.my #masjidbandarseriputra #tilljannah #wuduk #ibadah #adab #perkahwinan #suamiistri ? original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Salah satu persoalan yang timbul ialah tentang hukum berwuduk dalam keadaan berbogel, iaitu tanpa memakai sebarang pakaian.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Masjid Bandar Seri Putra, seorang ustaz menjelaskan bahawa berwuduk dalam keadaan bertelanjang tidak dihukumkan haram. Hal ini kerana, menutup aurat bukan termasuk dalam syarat sah wuduk.

Oleh itu, wuduk tetap dianggap sah meskipun dilakukan tanpa mengenakan pakaian.

Berwuduk dalam keadaan bertelanjang (berbogel) tak haram sebab menutup aurat bukanlah terdiri daripada salah satu syarat berwuduk. Jadi, wuduk tetap sah walaupun dalam keadaan berbogel.

Namun, meskipun wuduk dalam keadaan bertelanjang tetap sah, perbuatan tersebut tidak digalakkan kerana dianggap kurang beradab.

MENARIK:  Ungku Ismail Perjelas Sebab ‘Blur’ Muka Anak – ‘Saya Bertanggungjawab Untuk Melindunginya’

Oleh itu, sebaiknya mengenakan kain atau tuala yang menutup aurat, sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut, sebagai tanda menjaga adab dan kesopanan

Tetapi walaupun wuduk itu sah, kita tak digalakkan membuat demikian kerana perbuatan itu dianggap tidak beradab. Jadi, sekurang-kurangnya pakai lah tuala untuk menutup antara pusat dan lutut.

Mandi pun sama, elakkan mandi dalam keadaan berbogel.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular