[VIDEO] ‘Baru Tahu Isteri Aku Big Superstar, Bodyguard Ramai..Penonton Full House! – Ubai

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai akui terkejut apabila mengetahui isterinya itu seorang yang terkenal di luar negara.

‘Baru tahu, isteri aku big superstar’


Perkara itu didedahkan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, menerusi satu hantaran di Aplikasi X. Tambah Ubai lagi, dia tidak sangka Shila memiliki ramai peminat di luar negara. Malah layan yang diterimanya sangat istimewa.

Hari ini baru aku tahu, isteri aku ni big superstar. Pertama kali ikut Shila perform dekat luar negara.

Pengawal keselamatan ramai dan penonton full house! Hari ini konsert di Macau, bulan Mac di China. Konsert ni sempena Tahun Baharu CIna, dekat The Londoner, Macau.

Menurut Ubai, meskipun dia pernah menjadi peminat Shila namun ini merupakan kali pertama dia melihat sendiri penyanyi itu membuat persembahan secara langsung di luar negara dengan jumlah penonton yang sangat ramai.

Sekadar info, Shila kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan keduanya bersama Ubai pada 5 Ogos 2023.

MENARIK:  [VIDEO] Achey Respon Netizen ‘Merajuk’ Tak Layan Diajak Bergambar – ‘Staff Saya Accident, Bukan Saya Datang Hospital Buat Show’

Video

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular