[VIDEO] Anak Yana Samsudin Masuk Hospital, Kaki Kena Jangkitan Kuman Selepas Tersepit Rim Basikal

Shopee Sale


Penerbit dan pelakon Fadzil Zahari berdepan detik cemas apabila anak perempuannya iaitu Aura Aisy Sofea mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas tersepit rim basikal.

Kaki masuk dalam rim

Menerusi posting di Instagram, Fadzil berkata, dia segera membawa Sofea ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius.

Kaki masuk dalam rim basikal. Saya berleter kepada dia (Sofea), awak nak jadistunt girl ke? Selesai pemeriksaan X-ray dan tidak ada bahagian yang patah jadi kami pulang semula ke rumah.

Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini turut memberitahu dia perlu membawa anaknya ke hospital semula selepas terdapat jangkitan kuman pada kaki.

Selepas tiga hari, badan anak saya gatal-gatal ingatkan alahan ubat. Pukul 2 pagi saya membawanya semula ke hospital. Doktor kata luka tersebut terkena jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan.

Menerusi perkongsian tersebut juga, kejadian itu dipercayai berlaku di kampung halaman isterinya di Yong Peng, Johor.

MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Tak Pernah Tayang Harta – ‘Dia Rendah Diri & Tak Lupa Asal Usul’

Menerusi pemerhatian Fadzil turut kelihatan menenangkan anaknya yang sedang menangis kesakitan dan memberi kata-kata semangat buat Sofea.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haji Fadzil Zahari (@fadzilzahari)

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular