[VIDEO] ‘Agak Kurang Ajar Sebab Mereka Dapat Secara Percuma, Saya Ikhlas Tapi Tak Cakap Pun Terima Kasih’ – Imran Ajmain

Shopee Sale


Penyanyi dan komposer, Imran Ajmain meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir warganet yang tidak menghargainya.

Luahan Imran

imran ajmain peminat

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Imran berkata dia sering mendapat permintaan daripada pengikutnya di Instagram (IG) untuk menyanyikan lagu.

Saya cuba untuk tunaikan permintaan mereka yang minta ucapan hari jadi dan nak saya nyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang atau Seribu Tahun.

Biasanya saya akan cuba sedaya upaya dan sedikit lambat tapi saya tetap akan tunaikan.

Difahamkan Imran tidak mengenakan sebarang caj untuk menunaikan permintaan tersebut.

Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Singapura ini berasa kecewa apabila usahanya untuk menggembirakan mereka tidak dihargai.

Tapi masalah besar yang saya hadapi adalah setelah saya hantar video dan nyanyi untuk mereka, mereka tak balas..hanya ‘seen’ sahaja. Kadang-kadang mereka gunakan video tu untuk buat konten dia tapi tak ‘tag’ saya.

Penyanyi berusia 42 tahun ini kemudian menegur tindakan mereka yang disifatkan tidak beradab.

Saya rasa itu agak kurang ajar sebab saya nak gembirakan orang, buat yang terbaik dan bagi ‘fans service’ yang tiptop tapi tak dibalas. Pada saya ianya kurang ajar sebab mereka dapat tu secara percuma. Saya buat secara ikhlas tapi tak ada pun cakap terima kasih atau ‘like’.

MENARIK:  Thanuja Ananthan Mengaku Sedang Mengenali Jejaka Dari London, Ada Perancangan Untuk Ke Fasa Seterusnya
" data-video-id="7334018172225424641" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@omgitsimranajmain

Benda free memang ler amik mudah ? — Nak charge berapa lepas ni @Firdaus Suhaimi ? #selamatulangtahunsayang

? original sound – Imran Ajmain – Imran Ajmain

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular