[VIDEO] 7 Tahun Tak Jumpa Anak, Fasha Sandha Bawa Pembantu Rumah Pulang Ke Indonesia

Shopee Sale


Di Instagram, pelakon Fasha Sandha berkongsi sebuah video sedih memaparkan momen pembantu rumahnya pulang ke Indonesia untuk berjumpa anak dan keluarga.

Pencapaian terbaik tahun ini

Menerusi video yang dikongsikan, Fasha dan keluarganya turut hadir bersama bagi melihat momen yang sangat bermakna itu.

Menurut Fasha, pertemuan anak beranak itu merupakan pencapaian terbaik buat dirinya pada tahun ini. Ujar Fasha lagi, dia berjaya menyatukan semula ibu dan anak yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa antara satu sama lain.

Terima kasih di atas segala kebaikan dan sayang anak-anak. Pembantu adalah keluarga dan saudara, yang membantu untuk permudahkan urusan kita. Love all. Simpan sini buat kenangan.

Pembantu rumah Fasha kelihatan sebak sebaik sahaja melihat anaknya berada di lapangan terbang. Lebih menyentuh perasaan, Fasha turut mengalirkan air mata sewaktu melihat momen mesra anak beranak itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih sebaik sahaja menonton video yang dimuat naik oleh Fasha itu. Netizen turut berharap majikan di luar sana dapat mencontohi sikap Fasha Sandha tatkala memberi layanan yang baik buat pembantu rumah.

MENARIK:  [VIDEO] Bonda Rozita ‘Reward’ Staf Dengan Hadiah Lumayan, Ada Yang Dapat Rumah Banglo Harga RM800k

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular