Vida Lantik Peguam, Mohon Ruang Untuk Selesai Isu Sita Secara Tenang & Profesional

Shopee Sale


Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu kediaman, barang dan kereta jenama mewah miliknya yang disita, semalam.

Telah lantik peguam

Menurut Vida, dia akan memberikan kerjasama yang baik terhadap isu yang sedang berlaku ini. Tambah Vida, dia sudah melantik peguam bagi membantu menguruskan perkara tersebut mengikut undang-undang.

Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.

Vida yang dipercayai sedang bercuti di China, bagaimanapun sempat menitipkan ucapan terima kasih terhadap keprihatinan netizen berhubung isu yang sedang berlaku. Pada masa yang sama, Vida berharap orang ramai berhenti mengkritik sebaliknya memberi ruang untuk dia menyelesaikan masalah tersebut.

Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Terdahulu, media melaporkan beberapa aset Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita.

MENARIK:  Ayu Raudhah Percaya Pada Rezeki, Tak Panik Suami Hilang Pekerjaan

Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn Bhd.

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi di kediaman rumah Vida atau Hasmiza Othman.

Difahamkan, Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular