Ugut Harith Iskander & Keluarga, Tukang Rumah Dipenjara Lima Bulan

Shopee Sale


Seorang tukang rumah dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah menghantar mesej berbaur ugutan jenayah terhadap keluarga pelakon dan pelawak Harith Iskander menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu.

Berniat mainkan perasaan

Memetik laporan , Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Izzuddin Md Salim, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan.

Saya berniat mainkan perasaan Harith Iskander sahaja, saya tiada maksud lain, saya minta maaf kepada keluarga mangsa.

Difahamkan, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 24 Januari lalu dan penjara sebulan jika gagal membayar denda

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang masih bujang didakwa menghantar WhatsApp berserta gambar yang mengandungi kata-kata ugutan yang kemudian diterima oleh bekas isteri Harith, Jezamine Lim.

Kandungan Whatsapp itu kemudian dibaca Jezamine di sebuah restoran, di sini pada 8.50 pagi 23 Januari lalu.

MENARIK:  Zizan Razak Tak Selesa Digosipkan Bercinta Dengan Model Nama Nureen – ‘Mengarut & Mencalarkan Kerjaya Seni Saya’

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular