Tular Video Wanita Didakwa Dilemaskan Kekasih Sebab Tak Nak Gugur Kandungan?

Shopee Sale


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki didakwa sengaja melemaskan kekasihnya hanya kerana wanita itu enggan menggugurkan kandungannya.

Wanita didakwa dilemaskan kekasih

Menerusi hantaran yang dikongsikan di aplikasi X, kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor. Kelihatan lelaki terbabit bertindak ganas dengan menarik rambut wanita itu berkali-kali sebelum mencampakkannya ke dalam kolam.

Perkara ini berlaku semalam (kelmarin) apabila kawan saya mendengar jeritan di bahagian luar rumah. Diia keluar ke balkoni dan melihat seorang lelaki memukul seorang wanita berkali-kali dan cuba untuk melemaskannya.

Dia turun ke bawah dan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Tidak lama kemudian, pengawal keselamatan tiba. Wanita itu memberitahu yang dia hamil dan enggan menggugurkan kandungan. Selepas itu, dia diserang.

Rakan saya juga memberitahu bahawa wanita itu mempertahankan lelaki tersebut selepas pengawal keselamatan muncul sambil berkata ‘leave them alone’.

Difahamkan, kejadian tersebut didakwa berlaku selama 20 hingga 30 minit sebelum kedatangan pengawal keselamatan. Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut dan sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian yang berlaku.

MENARIK:  [VIDEO] Ruhainies Respon Tak Logik Jawab Soalan Diri Sendiri Di IG Stories – ‘Saya Ada Dua Hingga Tiga Juta Viewers Setiap Hari’

Individu dakwa rakan jadi saksi kejadian

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular