‘Terima Kasih Mommy Bagi Chance Daddy Dating Dengan Fatima’ – Fattah Amin

Shopee Sale


Pelakon kacak, Fattah Amin berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahiran anaknya iaitu Nur Fatima Aisya di sebuah taman permainan kanak-kanak menerusi hantaran di Instagram (IG).

‘Terima kasih mommy’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Menerusi hantaran tersebut, Fattah yang hanya meluangkan masa berdua bersama Fatima menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya itu sambil memuat naik video mereka bersama.

Dalam masa yang sama, pelakon filem ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’ turut menitipkan ucapan terima kasih buat isteri tercintanya iaitu Nur Fazura kerana telah memberikan peluang untuknya meluangkan masa bersama Fatima.

Selamat hari jadi baby, Nur Fatima Aisya.

Kesian sampai tertidur balik itu, terima kasih Mommy bagi ‘chance’ Daddy ‘dating’ dengan Fatima.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut menitipkan ucapan hari lahir buat Fatima.

MENARIK:  Nak Kulit Cantik Kena Banyak Minum Air, Mitos Atau Fakta? – Ini Rahsia Disebalik Kulit Sihat

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut mendoakan agar kemelut rumah tangga Fattah dan Fazura dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Komen netizen

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular