Tepati Ramalan! Stacy, Bunga Matahari Pemenang The Masked Singer Malaysia 4

Shopee Sale


Teka teki pemilik suara merdu dan gaya tarian yang lincah akhirnya terbongkar apabila penyanyi Stacy yang memakai kostum Bunga Matahari diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat. Tahniah!

Gaya, suara dan tarian dah boleh agak

Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam memperoleh markah tertinggi daripada pihak juri dan penonton selepas menyanyikan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan Lathi (Weird Genius).

Sementara itu, Namie yang menyarungkan kostum Mat Helang pula menduduki tempat kedua.

Manakala, pelawak dan penyampai radio Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil berpuas hati memenangi tempat ketiga.

Peserta Ceria Pop Star, Adinda yang memakai kostum Biskut Aiskrim berjaya menduduki tempat keempat, manakala Nabila Razali sebagai Teratai menduduki tempat kelima.

Persembahan peserta pada malam itu diadili oleh sembilan orang juri tiaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Angah Raja Lawak, Nabila Huda, Zizan Razak, Elly Mazlein, Micheal Ang dan Rozita Che Wan.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Macam Mana Tak Sayang Mentua, Dia Cari Musang King Sampai Dapat Masa Saya Mengidam’ – Menantu Arwah Kamal Bakar

Rancangan yang bersiaran selama 10 minggu itu dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk AC Mizal.

Pentas akhir turut diserikan dengan persembahan bekas juara musim terdahulu iaitu Aina Abdul (juara musim pertama), Shila Amzah (juara musim kedua) dan Ayda Jebat (juara musim ketiga).

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular