Taufiq Hanafi Muat Naik ‘Resume’ Mahu Cari Tawaran Berlakon, Netizen Doa Murah Rezeki – ‘Pertama Kali Tengok Portfolio Seorang Aktor’

Shopee Sale


Perkongsian pelakon, Taufiq Hanafi di media sosialnya baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet.

‘Upload’ resume

Taufiq atau nama lengkapnya Mohamad Taufiq Mohd Hanafi telah memuat naik resume menerusi platform X.

Resume tersebut dilengkapkan dengan senarai filem dan drama yang pernah dibintangi serta kemahiran yang dimiliki oleh Taufiq.

Menurut aktor berusia 33 tahun tersebut, dia melakukan perkara itu kerana mahu mencuba untuk mendapatkan tawaran lakonan.

Mencuba nasib untuk 2025.

Manalah tahu ada produksi yang sudi bekerjasama.

Respons netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi malah ada yang terkejut kerana itu adalah kali pertama mereka melihat resume daripada seorang aktor.

Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar usaha pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu mendapat perhatian daripada pihak produksi.

Pertama kali saya tengok resume/portfolio seorang pelakon, amazing.

Saya ingatkan ini tweet cari jodoh, maaf. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kemain, ingat untuk cari jodoh, baru nak cuba. Semoga murah rezeki.

Sepatutnya pelakon macam ini yang kita ketengahkan.

Maaf tanya, cerita Sutun tu dekat part mana?

MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Fasha Sandha Selamba Gayakan Baju Berharga RM19 – ‘Bila Dia Pakai Nampak Mahal’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular