Taiwan Lantern Festival 2024 Berlangsung Meriah Di Tainan! Cahaya Tanglung Naga Gergasi Dipancarkan Guna Tenaga Solar

Shopee Sale


Festival tanglung terbesar di Taiwan iaitu Taiwan Lantern Festival 2024 kembali lagi bagi penganjuran ke-35 dan kali ini bandar Tainan dipilih menjadi tuan rumah selepas 16 tahun.

Tainan tuan rumah

Taiwan Lantern Festival

Tainan dipilih bukan sahaja kerana sejarahnya pernah menjadi ibu kota kepada Taiwan selama 200 tahun, tetapi juga kerana sebuah bandar yang menjadi perintis dalam aliran tenaga hijau masa depan, pemacu inovasi serta budayanya yang pelbagai.

Taiwan Lantern Festival 2024 bakal berlangsung selama dua minggu bermula 24 Februari hingga 10 Mac 2024.

Ketua Pengarah Biro Pelancongan Taiwan, Doktor Chou Yung-Hui berkata, pihaknya berharap dengan penganjuran festival ini bakal menjadi permulaan yang hebat buat bandar Tainan setelah sekian lama tidak mengadakan acara besar selepas pandemik.

Taiwan Lantern Festival 2024 yang diadakan di Tainan merupakan sebuah acara yang besar pada tahun ini. Dengan festival ini juga berharap menjadi permulaan yang hebat buat bandar Tainan selepas sekian lama tidak menganjurkan acara yang besar.

Festival ini tidak hanya tentang Tainan, tetapi juga tentang keunikan negara Taiwan yang kaya dengan budaya dan kepelbagaian keunikan. Sudah pasti Tainan sebuah bandar yang bersejarah kerana pernah menjadi ibu kota Taiwan beberapa ratus tahun dahulu.

Kami juga berbangga dengan penyertaan daripada beberapa buah negara pada penganjuran festival kali. Ini juga menunjukkan kerjasama dan hubungan baik Taiwan dan negara-negar tersebut.

Seramai 10,000 tenaga kerja yang terlibat bagi menjayakan festival ini yang datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan umur. Selain pameran tanglung, pelbagai pengisian juga telah diaturkan termasuk persembahan tarian tradisional, pertunjukan alatan muzik tradisional dan banyak lagi.

Doktor Chou Yung-hui berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Taiwan Lantern Festival 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), Tainan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menyasarkan seramai 10 hingga 15 juta pengunjung bakal memeriahkan festival yang berlangsung selama 16 hari itu. Semalam, pada hari raptai sahaja seramai 220,000 pengunjung telah direkodkan.

Festival ini menampilkan dua kawasan pameran utama iaitu High-Speed Rail (kawasan tanglung rel kelajuan tinggi) dan Anping Lantern Area (kawasan tanglung Anping) yang mempamerkan lebih 300 karya seni tanglung.

Kawasan High-Speed Rail terdiri daripada tujuh zon pameran besar di sekitar kereta api berkelajuan tinggi yang memaparkan pelbagai tema tanglung di samping tanglung utama yang diberi nama ‘Dragon Comes to Taiwan’.

Manakala, kawasan Anping Lantern pula terletak di Taman Lin Mo Niang, Dermaga Rekreasi Anping dan di sepanjang Terusan Anping dengan temanya ‘Tainan 400’ dan ‘River of Light Story’.

Sementara itu, Datuk Bandar Tainan, Huang Wei-che, yang turut hadir pada sidang media sama berkata, festival tersebut menggabungkan kepakaran Tainan dalam pembuatan cip komputer dan tenaga hijau dengan warisan serta tradisi bandar itu.

MENARIK:  Vanessa Terpaksa Beradaptasi & Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Nyanyian Yang Berbeza Demi ‘Erti Rindu’

‘Dragon Comes to Taiwan’

Taiwan Lantern Festival

Dalam pada itu, sudah pasti menjadi tarikan utama pengunjung di Taiwan Lantern Festival 2024 adalah tanglung naga gergasi iaitu ‘Dragon Comes to Taiwan’. Tanglung tersebut merupakan rekaan pelukis terkenal iaitu Peng Li-Chen.

‘Dragon Comes to Taiwan’ yang berketinggian 22 meter itu diinspirasikan daripada arca naga yang terletak di hadapan Kuil Daitian, Tainan dengan menggabungkan dua bentuk dan intipati.

Selain mampu berputar 360 darjah, lengan kiri dan kanan tanglung naga tersebut juga menggabungkan komponen kawalan elektromekanikal.

Menariknya lagi, tanglung ‘Dragon Comes to Taiwan’ itu menggabungkan bahan tenaga suria (solar) dan unsur hijau. Ini kerana, bandar Tainin cukup dikenali di seluruh dunia dengan industri fotovoltan (penukaran tenaga cahaya kepada tenaga elektrik).

Difahamkan juga, tanglung naga gergasi itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan dengan gerak kerja yang bermula sejak November tahun lalu.

Pelbagai pameran tanglung

Taiwan Lantern Festival

Tidak hanya pameran tanglung domestik, Kementerian Pentadbiran Pelancongan dan Komunikasi Taiwan turut menjemput beberapa buah negara untuk menyertai pameran festival tersebut, antaranya Jepun, Korea Selatan, Belize dan Indonesia.

Kesemua tanglung dari negara-negara tersebut ditempatkan di kawasan yang dinamakan International Inclusive Exhibition Area dengan tema ‘berkawan dengan dunia’.

Bagi mengalu-alukan pelawat antarabangsa sepanjang festival berlangsung, Kementerian Pentadbiran Pelancongan dan Komunikasi Taiwan turut menjemput semua pelancong untuk melawat Taiwan Lantern Festival 2024 yang dibuka seawal jam 6 petang hingga 9 malam.

Pelancong juga berpeluang memperoleh cenderahati tanglung naga secara percuma dengan hanya perlu menunjukkan pasport mereka di kaunter tiket.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular