Shukri Yahaya Lebih Berhati-Hati, Ambil Iktibar Kontroversi Drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’

Shopee Sale


Pelakon, Shukri Yahaya tampil memohon maaf dan mengaku mengambil iktibar di atas semua yang berlaku berikutan kontroversi yang melanda dirinya tatkala memegang watak sebagai Azim Hasibullah dalam drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’.

Lebih berhati-hati

Menurut Shukri, dia akan lebih berhati-hati apabila menjayakan sesuatu babak selepas ini tidak kira dalam drama mahupun filem.

Saya akan lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Ia jadi iktibar kepada diri saya untuk tidak mengulanginya lagi dalam drama akan datang.

Disoal mengenai karakter suami bersikap panas baran, Shukri berkata, dia sentiasa berlapang dada apabila terus ditawarkan karakter hampir sama sehingga didakwa tidak menampakkan kelainan.

Tak tahu nak cakap apa, sebab setahu saya sudah cuba sebaik mungkin melakonkan watak itu (lelaki baran) dan setakat ini apa yang saya tengok penonton masih menerimanya dengan baik.

Jadi, saya tiada masalah sekiranya tetap diberikan watak sebegini yang masih sama pada masa akan datang kerana ia adalah rezeki. Saya tidak mungkin menolaknya kerana Allah sudah tentukan rezeki itu untuk saya.

Mungkin juga tiada pelakon lain yang lebih sesuai untuk melakonkannya selain saya sebab jadi lelaki baran ini tidak mudah kerana perlu betul-betul menjiwai karakter itu, barulah boleh buat.

Cuma, marah yang saya tunjukkan itu walaupun lakonan adalah perasaan sebenar diri sendiri kalau memang marah. Itulah marah Shukri Yahaya.

Ujar Shukri lagi, dia faham setiap penonton sesebuah drama pasti ada pandangan masing-masing. Oleh sebab itu, dia menghormati apa sahaja pendapat yang diberikan.

MENARIK:  ‘Ruhainies Tarik Diri, Tak Jadi Sertai Acara StarVendors Mega Raya Festival’ – Ifa Raziah

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular