Sheila Rusly Kongsi Momen Bakal Menantu Peluk Agama Islam – ‘Sebak, Mengalir Air Mata Tengok Video Ni’

Shopee Sale


Pelakon, Sheila Rusly mencuri tumpuan ramai susulan perkongsiannya yang memaparkan dia sekeluarga berada di sebuah masjid bagi menemani teman wanita anaknya untuk memeluk agama Islam.

Alhamdulillah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheila Rusly™? (@sheilarusly_jspictures)

Menerusi video tersebut kelihatan kesemua mereka yang mengenakan pakaian berwarna hitam sedang duduk sambil menjadi saksi bakal menantu Sheila iaitu Beatrice Chitra mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.

Tidak dapat menahan sebak, Beatrice atau lebih mesra dengan panggilan Bea menitiskan air mata selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah.

Mereka yang berada di situ termasuk teman lelaki Bea iaitu Luth Mikhail turut tidak menahan sebak menyaksikan kehadiran saudara baharu yang memeluk Islam.

Dalam pada itu, Sheila dan suami, Jinggo meluahkan rasa syukur atas hidayah yang dikurniakan Allah SWT.

MENARIK:  [VIDEO] Ezuwan Ismail Dedah Harga Busana Melly Goeslaw Cecah RM130,000, Paling Termahal Pernah Dibuat

Komen

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular