Sharifah Rose ‘Rahsia’ Status Hubungan Dengan Ezzrin Loy, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

Shopee Sale


Pelakon dan model cantik, Sharifah Rose masih belum bersedia untuk berkongsi kepada umum mengenai status hubungannya dengan aktor, Ezzrin Loy.

Sharifah Rose enggan beri komen

Ketika ditemui di Majlis Pelancaran Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024 Habib Jewels di Kuala Lumpur, Sharifah Rose akui dia dan Ezzrin masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing selain meminta agar mereka diberi ruang.

Saya takde nak komen lebih-lebih. Cuma sekarang ni pun kita masih berkawan dan kenal pun sebab pernah shooting sekali. Sebelum itu pun dah pernah berkawan so agak selesa lah berkawan dengan dia sampai sekarang.

Bagi saya ruang dulu untuk kenal dia dulu daripada nak terus declare kepada media dan public lebih daripada kawan.

Tambah Rose lagi, dia dan Ezzrin sudah lama mengenali antara satu sama lain tetapi mula berkawan rapat sejak tiga tahun lalu iaitu ketika mereka melakukan penggambaran bersama.

Apabila ditanya mengenai ciri-ciri pasangan hidup, Rose berkata dia lebih selesa untuk bersama dengan lelaki yang lebih kurang seusia dengannya.

MENARIK:  ’99 Best Pizza Chef Di Dunia’ – Jofliam Banggakan Negara, Enggan Jadi Contoh Tidak Baik

Sekadar info, Sharifah Rose sudah menjadi duta bagi Habib Jewels selama dua tahun berturut-turut dan pada tahun ini, dia bergandingan bersama Amyra Rosli bersama keluarganya dan Ezzanie Jasnie.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular