‘Saya Tak Boleh Kawal Apa Orang Komen & Cakap Pasal Saya..’ – Melly Goeslaw

Shopee Sale


Nama penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw menjadi bualan hangat wargamaya selepas memenangi trofi Hall Of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23).

Kemenangan Melly dikritik

Susulan daripada kemenangan tersebut, ada segelintir individu mempertikai malah menganggap Melly atau nama sebenarnya Melliana Cessy Goeslow tidak layak memenangi trofi Hall Of Fame.

Ketika ditemui , Melly berkata dia kurang tertarik untuk berfikir mengenai perkara itu tetapi dia menerima segala kritikan dan teguran peminat selain yakin setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.

Pada saya secara peribadi, saya terbuka orangnya. Saya membuka diri untuk perkara baharu dan perkara yang berbeza dengan orang lain.

Di Indonesia, ada juga beberapa anugerah yang diberikan kepada artis luar negara termasuklah Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya. Keterbukaan di semua tempat harus diraikan untuk kita dapat berekspresi lebih luas lagi.

Tambah Melly lagi, dia tidak membaca sebarang komen tetapi dia hanya menjalankan kerjayanya sebagai anak seni dan untuk menghiburkan para peminat.

Saya bukan jenis baca komen dan ia sesuatu yang boleh saya kawal dalam kehidupan. Tapi saya tak boleh kawal apa yang orang lakukan pada saya, apa yang orang inginkan dari saya.

Tapi jika saya lakukan perkara yang betul dan banyak menginspirasikan orang, insyAllah akan mendapat perkara baik juga.

Sekadar info, Melly bakal mengadakan konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang dianjurkan Icon Entertainment dan AKE Group berlangsung pada 1 Jun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

MENARIK:  [VIDEO] Tony Eusoff Dedah Pernah Raih RM60,000, Titip Pesan Pada Pelakon Muda Untuk Belajar Urus Diri – ‘Anak Seni Tidak Kekal Lama’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular