‘Saya Jumpa Amir Ahnaf Tengok Skrip Dah Basah, Sebab Dia Menangis’ – Pengarah Filem Kahar: Kapla High Council

Shopee Sale


Tunjang utama filem Kahar: Kapla High Council, Amir Ahnaf meluahkan rasa gembira melihat reaksi ibu bapanya selepas menonton naskhah tersebut.

Banggakan ibu ayah

Amir Ahnaf

Amir atau nama lengkap Muhammad Amir Ahnaf, 24, berkata, ibunya mengalirkan air mata ketika menonton filem berkenaan, manakala bapanya memberi pujian terhadap lakonannya.

Mama kata “tahniah along (panggilan Amir), mama menangis. Awak buat dengan begitu bagus” dan ayah pun cakap tahniah along, ini paling terbaik.

Saya sangat bangga dengan diri saya sebab seumur hidup saya, saya tak pernah bangga dengan diri saya sendiri.

Kadang-kadang mama dengan ayah pun sibuk juga tak sempat nak tonton drama-drama dan filem sebelum ini.

Saya bangga dapat banggakan mak ayah, rasa gembira. Insya-Allah, kita akan dapat banggakan Malaysia (menerusi filem Kahar).

Amir berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di malam gala tayangan filem Kahar: Kapla High Council yang diadakan di GSC Midvalley, pada Isnin.

Menangis baca skrip

Amir Ahnaf

Disoal mengenai cabaran membawakan watak Kahar, bekas peserta Hero Remaja 2021/2022 itu menjawab, perasaannya bercampur baur.

Sebelum ini dalam projek siri, dapat tahu watak Kahar seatakt itu sahaja tanpa sebarang latar belakang.

Selepas dapat skrip untuk filem ini, saya baca sampai menangis. Terima kasih kepada pengarah dan semua yang terlibat dalam naskhah ini.

Sementara itu, pengarahnya, Razaisyam Rashid mendedahkan, skrip yang diberikan kepada Amir basah disebabkan air mata aktor itu menitis di atasnya.

Saya jumpa Amir, tengok skrip basah sebab air mata jatuh atasnya, dia menangis. Sumpah saya tak tipu. Basah habis skrip.

Selain Amir, Kahar: Kapla High Coucil turut dibintangi Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.

MENARIK:  Dikejarkan Ke Hospital Kerana Strok, Napie Spider Selamat Jalani Pembedahan

Kahar: Kapla High Council akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, bermula 28 November dan Singapura pada 5 Disember.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular