‘Saya Hanya Berkongsi & Jangan Menilai Apa-Apa’ – Irma Hasmie Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah

Shopee Sale


Pelakon Irma Hasmie, 42 tampil membuka mulut dan memberi respons mengenai kemelut rumah tangga bersama suaminya, Redza Syah Azmeer.

Saya minta maaf

Menurut Irma, netizen tidak seharusnya membuat sebarang spekulasi daripada apa sahaja hantaran yang dibuat olehnya di media sosial.

Saya minta maaf sebab kalau boleh tak nak komen langsung mengenai perkara itu. Saya pilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi. Saya pilih sebegitu, jadi saya minta maaf.

Kita mudah untuk menilai, jadi saya harapkan apa sahaja hantaran yahg dibuat jangan kaitkan dengan apa sahaja perkara peribadi yang difikirkan.

Kalau orang fikir mengenai itu, sebenarnya tidak, sebab saya tak sebutkan secara terus terang. Mungkin hantaran yang dibuat itu saya cakap mengenai perkara lain.

Saya hanya berkongsi dan jangan menilai apa-apa. Saya baik sahaja sekarang.

Tambah Irma, dia memilih langkah tersebut supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan percakapan negatif daripada netizen.

Saya tak nak komen apa-apa sebab nanti akan menimbulkan lagi pelbagai persepsi negatif daripada orang ramai. Daripada orang tak bercerita, nanti akan jadi buah mulut orang dan banyak berkait dengan perkara lain.

Disoal mengenai komen negatif yang diterima, Irma berkata, dia enggan ambil peduli, selain menegaskan akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran di media sosial selepas ini.

Saya akan ambil yang baik sahaja. Saya kena jaga sebab yang nak jalani kehidupan ini adalah diri kia sendiri.

Jadi, kenapa nak ambil peduli apa orang kata sebab yang menentukan kehidupan kita adalah Tuhan. Jangan terlalu ambil kira apa orang kata.

Selepas ini, saya akan sangat berhati-hati dan berfikir dulu sebelum memuatnaik sebarang hantaran sebab boleh impak bakal diterima tidak boleh dijangka.

Terdahulu, timbul dakwaan di mana rumah tangga Irma dan suaminya dikatakan sedang dilanda badai berikutan mereka berdua jarang memuat naik foto bersama.

MENARIK:  Sarah Yasmine Nasihat Wanita Dedah Mesej ‘Nakal’ Dengan Amir Ahnaf Berhenti ‘Spill Tea’ – ‘Take Down Posting & Suruh Dia Minta Maaf’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular