Sajat Kesal Berita Palsu Kematian Tersebar, Fazura Titip Semangat ‘Sabar Ya Allah Ada’

Shopee Sale


Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba terdapat dakwaan mengatakan bahawa usahawan sensasi Nur Sajat telah meninggal dunia.

Sajat meninggal?

 

View this post on Instagram

A post shared by Sajjad kamaruz zaman (@nursajatkamaruzzaman)

Menerusi satu hantaran di media sosial, Sajat didakwa telah meninggal dunia selepas terlibat di dalam satu kemalangan di luar negara.

Sajat meninggal dunia dilanggar SUV (Sports Utility Vehicle) di luar negara. Pinjamkan jari mu tuliskan Al-Fatihah.

Tidak berdiam diri, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kemudian menyelar tindakan pihak yang menyebarkan tentang berita palsu tersebut.

Sampai hati buat cerita macam ini pada Sajat, mentang-mentanglah saya jarang buat live. Awak semua mudah buat cerita bukan-bukan pada saya.

Ini bukan pertama kali jadi macam ini, tahun lepas pun keluar cerita yang sama juga. Apa muslihat page page ini ya? Tak sudah sudah.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut dengan berita tersebut dan menyifatkan pihak terbabit sengaja menyebarkan maklumat palsu demi kepentingan mereka.

Dalam masa yang sama, aktres Fazura, turut meninggalkan komen dengan menasihati Sajat agar bersabar berikutan dia juga pernah difitnah dengan cara yang sama sebelum ini.

Jahat dia orang ni. Saya kena macam-macam lagi fitnah entah apa-apa! Semua sebab nak viral dan likes. Sabar ya Sajat.. Allah ada. Jari mana yang menaip fitnah tu semua dalam pengetahuan Allah.

Cari rezeki dengan cara mencaci dan memfitnah orang lepastu beri keluarga makan. Di situ, boleh fikir-fikirkanlah berkat atau tidak. Wallahualam.

MENARIK:  Tujuh Bulan Tak Jumpa Anak Bongsu, Isteri Ippo Hafiz Luah Rasa Rindu – ‘Dia Nak Saya Gila Agaknya’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular