Ria Ricis Diugut Sebar Foto & Video Peribadi, Dipaksa Bayar RM86k

Shopee Sale


Pelakon dan Youtubers terkenal Indonesia, Ria Ricis membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada kenalannya yang mahu menyebarkan foto dan video peribadi miliknya.

Ria Ricis kena ugut

Memetik laporan News Detik, Ria Ricis atau nama lengkapnya Ria Yunita mendakwa pernah memberikan telefon lama yang digunakannya kepada kenalannya dan mungkin ketika itu, individu tersebut telah mengakses semula kandungan video serta foto yang sudah dipadam.

Tambah bekas isteri kepada Teuku Ryan itu lagi, antara datang peribadi yang diakses oleh pelaku, Jacky adalah foto-foto tidak bertudung serta videonya sedang bersenam di gym dengan pakaian tidak menutup aurat.

Individu terbabit meminta Ria membayar wang sebanyak 300 juta rupiah bersamaan RM86,000, sekiranya tidak mahu video itu tersebar di media sosial.

Ugutan itu bukan sahaja kepada saya tetapi keluarga, orang yang dekat dengan saya dan pihak pengurusan turut terkena tempiasnya.

Saya mohon doa orang ramai supaya suspek cepat diberkas.

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.

MENARIK:  [VIDEO] Syamsul Yusof Tak Hadir, Mahkamah Bantah Permohonan Nak Lanjut Perintah Injuksi

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular