Puteri Sarah Failkan Tuntutan Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Shopee Sale


Pelakon Puteri Sarah Liyana, mendakwa pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.

Fail surat tuntutan

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah memfailkan surat tuntutan kepada wanita itu, semalam.

Semalam, saya menerusi peguam menyerahkan satu lagi ‘letter of demand’ atau surat tuntutan kepada individu sama. Jadi, sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah.

Sebelum ini, Puteri Sarah menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap seorang pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira.

Ia selepas individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan sebelum ini dan perlu menanggung padahnya.

Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Pihak berkenaan juga dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.

MENARIK:  Fasha Sandha Terjebak Skandal?

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular