‘Perpisahan Adalah Jalan Yang Saya Nampak’ – Adira Suhaimi Mahu Bercerai Cara Baik

Shopee Sale


Penyanyi, Adira Suhaimi menyatakan tiada lagi peluang untuk mempertahankan rumah tangganya dengan suami, Datuk Red.

Nekad cerai?

Adira Suhaimi

Ketika ditemui Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, berkata perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.

Buat masa sekarang, memang perpisahan merupakan jalan yang saya nampak. Saya tak boleh nak cerita lebih lanjut.

Kekuatan ini (bercerai) bukan saya baru dapat setahun, dua. Tapi sudah lama.

Bermacam pengajaran dan pengalaman membuatkan saya lebih matang, kuat dan tenang menghadapi ini.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Nora Danish & Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Adira berkata meskipun hubungan dengan suami dalam keadaan dingin, namun dia tidak pernah menghalangnya untuk berjumpa dengan anak-anak.

Saya tidak mahu halang dia berjumpa anak. Anak pun perlukan ayah. Jadi saya ingin berpisah dengan cara matang dan baik.

Terdahulu, Adira telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red pada 25 Oktober 2023.

MENARIK:  ‘Berhenti Rasa Risau, Berdoa Pada Allah’ – Ibu Aliff Aziz

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menetapkan 5 Mac 2024 bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular