Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ Ada Kelab Peminat Di Penjara – ‘Mereka Akan Menyanyi Bersama Pada Waktu Tertentu’

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Penyanyi dikir barat Malaysia yang ditangkap kerana disyaki memiliki 6000 pil pada 1 November lalu, didakwa sudah mempunyai kelab peminatnya tersendiri di dalam penjara Wilayah Narathiwat.

Kelab peminat

Menerusi laporan , kelab peminat penyanyi itu ditubuhkan baru-baru ini.

Menurut Pakar Pengurusan Jenayah (bahagian wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul, kebanyakan peminat di penjara tersebut terdiri daripada banduan wanita.

Selain mempunyai kelab peminat di Selatan Thailand termasuk di Narathiwat, penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga mempunyai kelab peminat di dalam penjara ini. Kebanyakan peminatnya di penjara ini terdiri daripada banduan wanita dan mereka akan menyanyi bersama-samanya pada waktu tertentu.

Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka.

Tambah Panata, penyanyi tersebut sudah mulai ceria sekarang.

Selepas lawatan pihak media Malaysia pada 21 Disember lalu, penyanyi itu kelihatan makin gembira dan seolah-olah dia mendapat suntikan semangat yang baru. Dia dapat merasakan peminatnya masih memberi sokongan kepadanya dan beliau amat teruja untuk kembali kepada peminatnya.

MENARIK:  [VIDEO] Faisal Halim Kongsi Keadaan Ketika Disimbah Asid – ‘Saya Rasa Panas, Pedih & Tahan Kesakitan Itu’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular