Pengasas Bulan Bintang Belanja RM3.2 Juta Hadiah Kepada Pelanggan, Perjelas Ketiadaan Sharnaaz & Beto Kusyairy Dalam Kempen Raya 2024

Shopee Sale


Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi tampil menjelaskan situasi sebenar selepas nama pelakon Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy menjadi bualan warganet gara-gara tidak menjadi wajah atau duta untuk kempen 2024.

Kekal sebagai kawan

Meri Bulan Bintang

Ketika ditemui , Azzim atau lebih mesra disapa Meri menyatakan ketiadaan Sharnaaz dan Beto kerana mereka sudah menamatkan kontrak dengan jenama Bulan Bintang.

Kata Meri, 27, tidak benar langsung dakwaan yang mengatakan berlaku perselisihan faham atau pergaduhan antara dirinya dengan kedua aktor tersebut.

Ketiadaan mereka tahun ini kerana kontrak dah habis. Sejujurnya saya dengan Sharnaaz dan Beto tiada masalah.

Buktinya semasa majlis kahwin saya pada bulan November lalu mereka datang. Walaupun dah habis kontrak, mereka tetap menghadiri majlis perkahwinan saya dan kami masih kawan sampai hari ini.

Meri berkata demikian ketika ‘The Terrrrpaling Raya Fashion Show’ yang diadakan di Sentol Depot pada malam Sabtu. Persembahan artis tempatan turut menghangatkan lagi malam tersebut dengan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngster Dancer, Aina Abdul dan Kugiran Masdo.

Adik bongsu kepada pengasas Hausboom, Azri Zahir atau lebih dikenali sebagai John Lemon juga mengambil maklum kini Sharnaaz dan Beto menjadi duta baju melayu untuk jenama lain yang merupakan pesaing Bulan Bintang.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerana Sharnaaz dan Beto bebas untuk membuat pilihan.

Mereka memang bebas untuk ke mana-mana. Saya tiada isu tentang itu. Mereka kerja sangat baik sehingga saya terhutang budi pada mereka. Saya tak boleh lock mereka sampai akhir hayat.

Mereka ada pilihan dan saya okay. Selepas kontrak mereka tamat, saya dah bersedia tengok mereka berada di jenama lain pula.

Give back to customer

bulan bintang kempen 2024

Bercerita tentang ‘The Terrrrpaling Raya‘, Meri mendedahkan dia telah melaburkan sebanyak RM11 juta untuk kempen tahun 2024. Bagaimanapun, Meri memilih untuk tidak berkongsi target jualan yang diletakkan pada tahun ini.

Bajet tahun ini secara total sudah RM11 juta digunakan. Bajet nampak besar tapi RM11 juta tak seperti tahun lepas iaitu persembahan drone RM3 juta dan konsert RM2 juta. Ketika itu saya belanja untuk branding.

Tapi tahun ini, RM3.2 juta sahaja dihabiskan untuk cabutan hadiah diberi kepada pelanggan (give back to customer). Antara hadiahnya seperti Kurta Bulan Bintang, pakej umrah, perodua Myvi, perodua Bezza, Iphone 15, Ipad, Sony Headphone dan banyak lagi.

Bulan Bintang 2024 menampilkan enam barisan duta iaitu Shukri Yahaya, Remy Ishak, Nadhir Nasar, Hannah Delisha, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular