Nikita Willy Sedih, Impian Nak Timang Anak Kedua Tak Kesampaian

Shopee Sale


Di Instagram, pelakon Nikita Willy berkongsi khabar duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran.

Sedih dan reda

Menurut Nikita atau nama sebenarnya Nikita Purnama Willy, dia berasa sedih namun reda apabila belum diberikan rezeki menimang cahaya mata untuk kali kedua.

Difahamkan, Nikita mengalami keguguran sewaktu usia kandungannya berusia tujuh minggu dan berita sedih itu dikongsikan olehnya sendiri menerusi satu rakaman video.

Dalam perkongsian itu juga, Nikita turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada suami tercinta iaitu Indra Priawan Djokosoetono yang sentiasa berada di sisinya.

Indra telah menjadi tulang belakang kehidupanku saat ini sewaktu saya rasa nak jatuh dan terduduk.

Di samping itu, Nikita turut berkongsi faktor utama dia mengalami keguguran. Ujar Nikita, ia berlaku disebabkan kehamilan yang abnormal (tidak normal) dan kandungannya itu tidak mampu bertahan lama selama sembilan bulan.

Di akhir video, Nikita sempat memberi pesanan kepada semua wanita senasib dengannya supaya tidak bersendirian dan mencari rakan sekeliling yang dapat memberi semangat semula.

Kepada anda semua diluar sana harap jangan bersendirian dan cari rakan yang boleh bantu anda disaat tengah getir.

MENARIK:  ‘Kulit Putih Tak Semestinya Sihat & Cantik’ – Ika Nabella ‘Sekolahkan’ Wanita Taksub Kulit Muka Cerah

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular