Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Pada 15, 16 & 17 November Ini, Pahala Seperti Puasa Sepanjang Tahun

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Puasa Hari Putih atau Puasa Ayyamul Bidh, merupakan puasa sunat selama tiga hari yang dilakukan pada tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan Islam (Hijriah) kecuali pada 13 Dzulhijjah (Hari Tasyrik).

Puasa Ayyamul Bidh

Sekadar gambar hiasan

Waktu Pelaksanaan Puasa Ayyamul Bidh bagi bulan November jatuh pada 15, 16, dan 17 iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad..

Salah satu keutamaan utama puasa Ayyamul Bidh adalah pahala yang sangat besar mendapat pahala yang besar. Selain, puasa ini juga memberikan banyak manfaat bagi kesehatan, mendekatkan diri kepada Allah, dan membantu membersihkan dosa.

Rasulullah SAW bersabda, “Puasa tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari dan Muslim). Dengan berpuasa pada tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan Hijriah, seseorang akan mendapatkan pahala yang sangat besar, seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.

Niat dan cara melaksanakan puasa Ayyamul Bidh:

Sekadar gambar hiasan

Niat puasa Ayyamul Bidh (Hari Putih) dilakukan pada malam hari sebelum puasa dimulai, iaitu pada malam 13, 14, atau 15 bulan Hijriah.

Niat puasa ini diucapkan dalam hati dan berikut adalah contoh bacaan niat puasa Ayyamul Bidh:

Nawaitu shauma ayyamul bidh sunnatan lillahi ta’ala.
Maksudnya: Saya niat puasa Ayyamul Bidh karena Allah Ta’ala.

Secara keseluruhan, puasa Ayyamul Bidh adalah kesempatan bagi umat Muslim untuk menambah pahala dengan ibadah yang ringan namun penuh makna. Bagi mereka yang melaksanakan puasa ini dengan konsisten, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar.

MENARIK:  Harith Iskander Dedah Penceraian Tak Jejas Hubungan Dengan Bekas Isteri – ‘Kami Masih Pergi Bercuti Bersama Dengan Anak-Anak’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular